6.25.2011

Kau


sibukkan diri . buat kerja ni . buat kerja tu .

ish , blah lah . main jauh , jauh . tolonglah pergi . jangan kacau . jangan ganggu . aku nak cari ketenangan . aku nak cari kedamaian . tanpa kau . tanpa nama kau .

otak sarat . tepu . complicated . abjad abjad nama kau kepung otak aku . tak tahu nak buat macam mane lagi . that's why aku sibukkan diri dengan buat kerja .

itu tipikal . lumrah . orang-orang akan sibukkan diri untuk melupakan .


bukan nama kau yang aku nak . nama Ar Rahim yang aku nak . dipahat kukuh dekat jantung aku . jantung . bukan hati . heart . bukan liver . kerana jika nama mulia itu dipahat pada jantung , bila aku dermakan jantung aku akan mati dan tak boleh bernafas lagi . sebab itu tak pernah dicatat dalam sejarah ade penderma jantung , kerana darah tidak boleh dipam tanpa jantung . tapi bila dipahat pada hati , bile aku dermakan hati , aku masih hidup dan takkan merasai kehilangan sebahagian hati aku . dan automatik apabila nama itu dipahat pada hati as known as liver , nama itu pasti tidak kekal lama apabila ada syaitan yang cuba pengaruh .

tapi Ya Allah , terkadang aku rapuh . bukan terkadang . tapi selalu . sering . bila aura dunia cuba mengheret aku , aura Kau aku lupakan . dan aku lebih mengejar populariti permainan dunia . biasalah remaja yang baru nak up . baru nak kenal erti dunia sebenar .

alpa . sungguh aku alpa . aku takut Ya Rahim . bukan takut pada mati , tapi takut untuk mati dalam keadaan yang apabila iman  aku pada tahap yang memang kosong . dan saat maut jemput , aku takboleh nak cakap kat Malaikat Pencabut Nyawa " chopp , give me a bit minute . nak taubat jap ." memang tak boleh nak luahkan . dan aku hanya boleh memohon matikan aku dalam iman , dalam keadaan aku mengingati namaMu . dalam keadaan aku bersedia untuk menghadapi soalan Munkar Nakir .



Ya Ghafur , ampunkan aku . aku yang tak sempurna mencintai Kau . berikan aku secebis rindu untuk dapatkan cintaMu . cinta yang memang hakiki . yang paling true and pure . luhur . suci . berikan aku seseorang untuk terus berjuang atas jalan Mu . atas landasan yang lurus . bukan yang menyimpang . seseorang yang ikhlas . tanpa selindung . yang bukan berjalan di depan aku untuk menjadi leader aku . bukan yang berjalan di belakang aku untuk menjadi pengikut aku . tapi berjalan di samping aku untuk membimbing aku .



bukan natijah nya , tapi usaha nya yang matters . yang Allah pandang .

sejujurnya , tenang itu ada dengan mengingatiMu . dan aku harap tenang itu sentiasa bersama aku . Amin .

SEEK FOR A FORGIVENESS . SEEK FOR A CALMNESS .